Friday 24 August 2012

lagu kpop favourite saya hari ini, Oppa Gangnam Style by Psy

sekarang, oppa gangnam style dah trending di pencicit (twitter). saya bajet ni mesti kes t-pain (artis barat) blog dan tweet pasal lagu ni. lagu kpop ni kalau ada related dengan dengan artis barat, mencanak diorang naik.

contohnya, wonder girls. dulu, peminat dia ramai tapi bukan macam sekarang ni. sampaila si bimbo paris hilton letak lagu nobody di laman sesawangnya. zass, terus jelajah satu dunia popularnya. sampai malaysia pun termasuk dalam senarai jelajahan.

salah satu adegan di dalam mv Oppa Gangnam Style. credit ; http://www.seouleats.com


tapi apapun, lagu nobody tu takleh nafikan la sedap dia. sesuai la dengan jiwa muda saya. dan lagu oppa gangnam style ni bukan takat t-pain je, gosh groban, katy perry, nelly furtado malah aktor simon pegg pakat duk gosip lagu ni kat web diorang.

sebenarnya, apa maksud oppa gangnam style ni?

dari pemahaman aku yang selalu melangok layan drama korea, oppa tu maksudnya panggilan "abang" dari seorang perempuan / adik kandung perempuan kepada seorang lelaki yang lebih tua / abang kepadanya ni. merujuk kepada lagu ni, aku bajet oppa tu maksudnya abang versi makwelah.

gangnam itu merupakan salah satu daerah yang terdapat di korea selatan. gangnam ni orang kata diibaratkan beverly hills di calafornia pemesnya. kira macam orang kaya, tempat shopping memahal, bimbo ramai ler di kawasan itu.di gangnam juga terletaknya dua kampeni artis besar korea iaitu S.M Entertaiment dan juga JYP Entertaiment. gangnam ni berdekatan dengan sungai han .

jadi keseluruhan lagu ni sebenarnya menceritakan tentang seorang lelaki yang berstylekan gangnam kononnya (kaya,banyak duit, mewah) dan nak convincekan kepada seorang makwe ni yang dia adalah kaya (gangnam style)

kalau dari mula, mv dia macam tak paham tapi nasibla lawak. tapi setelah ribu kali replay baru la paham skit.

permulaan video, psy (penyanyi lagu ni) kononnya tengah sunbathing mcm tepi pantai (style orang kaya) padahal sebenarnya dia berada di taman permainan dimana ada budak sedang menari. seleas tu, scene dia dikepit oleh dua orang makwe kiri dan kanan dan berjalan ala-ala red carpet, padahal diorang di parking lot dan instead of dibaling confetti, mereka dibaling sampah.

sama juga adegan dekat sauna (gaya orang kaya) padahal sebenarnya dia berada di public sauna yang dishare dengan ketua gangster (see tattoo) lol!

apa pun, lagi ni memang sedap didengar. musik yang catchy, tarian yang mudah nak dicopy.dan apa yang membuatkan saya suka sangat nak tengok mv ni sebab psy telah membuktikan bahawa orang cute (read: gemuk) seperti dia pun boleh menari (dengan comelnya)

4 easy step how to dance Oppa Gangnam Style. Credit : http://edwinruser.files.wordpress.com


download : sila tekan disini (4shared)

what say you?


No comments: