Friday 24 August 2012

adab berkunjung ke rumah orang di hari raya

bila sebut hari raya, acara kunjung mengunjung menjadi satu kemestian tak kira bangsa dan agama.jadual pun padat dengan jemputan open house dari saudara dan rakan. itupun nasib raya hanya sebulan. kalau setahun lah, agaknya makin ramai masyarakat malaysia obes dek makan.

raya tahun ini agak meriah di rumah saya. ini tahun kedua kami menyambut raya di sini, kampung halaman mak. sebelum ni kami tinggal di johor. kalau di johor budak-budak suka sangat datang beraya walau pun tah rumah sapa, diorang main terjah je. misi utama; duit raya. tak perlu banyak, dapat dua puluh sen pun dia punya happy lain macam saja. budaya ni saya tengok di johor je. sebab di negeri sembilan, saya tak jumpa. kl pun tidak. tapi taktahu la kalau ada

saya bila raya, saya agak tidak berapa suka kalau tetamu main terjah datang rumah. budak-budak saya tak kesah. sebab diorang bukan nak sangat makan pun. misi diorang duit. tapi kalau tetamu orang besar ni, saya agak kesah. mana lah tahu kan waktu kau (tetamu terjah) datang tu si tuan rumah tengah berjimak ke ape kan. eh#

di dalam agama kita pun ada menyebut tentang adab berkunjung ke rumah orang. especially raya. ni kira manner korang. kalau mengikut saya, saya suka sangat orang berkunjung ke rumah. saya rasa seronok sangat. tapi lagi seronok kalau kita dapat jamu tetamu kita dengan makanan istimewa atau dalam keadaan rumah saya bersih, saya di dalam pakaian beraya. dah nama pun beraya kan?

rumah saya ni sentiasa bersepah. kalau ada orang nak datang, sebuk la saya mengemas. maklumlah, rumah saya adalah bersebelahan dan berkongsi laman dengan rumah ibu (rumah utama). emak saya adik beradik sahaja 10 orang. sepupu dah dekat 40 orang. jenis pulak semua balik ke sini dahulu. maklumlah keluarga saya meriah. so boleh bayang tak betapafullhousenya rumah saya bila tiba raya.

kalaulah tetamu saya call/ message lebih awal, boleh lah saya sumbat sepupu saya di dalam almari ke, dalam gobok ke supaya selesa sedikit tetamu nanti.

dan saya juga boleh masak-masak makanan sedap sikit. takdelah hanya kuih raya-pun-nak-habis yang mampu saya hidangkan. tah-tah rosemary butter chicken pun saya boleh hidangkan. #amboi

lepas tu, wahai tetamuku, bila bertandang ke rumah orang, hentikan lah segala umpatan orang. ni kan hari raya. suppose kita bermaafan sesama insan. bukannya menambahkan dosa kamu dan saya. sebab, bila kamu tak berhenti mengumpat, masa kamu ambil pun mungkin lama. manalah tahu kot-kot tuan rumah menahan nak berak akibat makan lemang berlebihan? kan?

mungkin nampak kurang hajar atau kata saya macam bajet bagus, adeke orang datang pun nak tahan etc etc tapi this is just my 2 cent. walaupun kunjung-mengunjung di hari raya amalan mulia, namun alangkah lebih muliannya kalau kita dapat menjaga adab kita. kan agama dan bangsa kita sendiri menyuruh kita menjaga kesopanan dan berbudi pekerti?

sebelum saya akhiri entri saya, meh sini saya paste sedikit info mengenai adab beraya di rumah orang

dicopy dari : http://kosmo.com.my

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.
Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.
Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah
*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.
Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah
*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.
Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.
Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah
*Meminta izin apabila hendak beredar
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah
*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat
 
Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.
Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.
Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.


what say you? assalamualaikum.

No comments: