Saturday, 25 August 2012

widget yang perlu ada di sebuat blogspot

memandangkan blog ini masih baru, even follower pun belum ada (tah ada ke tidak) agak sesuai benarlah entry kali ini.

banyak blog yang telah dibloghoping oleh saya kemain cantik dan kreatifnya lah si owner. tak kurang juga yang macam serabut-macam-bangang, layout tah apa-apa dengan bersepah iklan dari atas ke bawah pun ada saya jumpa. mostly, lagi banyak widget, lagi berat. contoh, blog popular redmummy kalau nak tunggu dia punya loading, da boleh siap masak maggie dan makan pun belum tentu terbuka. 

saya sukakan sesuatu yang simple. yang konsep tak menyusahkan orang buat orang ternanti-nanti. saya nak orang selesa baca blog saya, selesa lihat layout blog saya, supaya kurang sikit orang menyumpah seranahkan saya macam saya selalu buat tu. #ops!

setiap orang ada citarasa sendiri. ada yang suka banyak bling-bling, ada yang suka letak mp3 kuat nak mati, ada yang suka kiri kanan gambar syok sendiri penuh pun ada. pada saya, kalau saya boleh in dengan cara penulisan dia, boleh masuk dengan soul saya, tak kisahla apa kau nak letak waima gambar bogel sekalipun, saya akan cuba hafal link dan continue baca. sekali sekala dapat gak tambah dosa yek.

chicsinred.com antara blog yang saya suka baca. penulis dia cantik jah.
antara widget yang saya rasa perlu ada di sebuah blog ialah;


  • follower
yang ini pada aku pentinglah. kita kena tahu siapa yang sudi follow kita, sebab suka membaca apa yang kita tulis.dan ini ugalah penyumbang kepada incme pendapatan sampingan kita (jika ada) the more followers, the more power. (kononnya)
  • shoutbox
ada orang tak suka guna shoutbox, tapi pada saya dia penting. widget ni boleh bantu kita trace orang-orang yang telah bloghoping blog kita. lantakla kalau nak promote koset atau pinggan mangkuk, janji diorang penah singgah blog kita. 
  • label
ini lebih kepada sistem pengurusan entri. konsep ala-ala 5s gitu. esok kalau entri dah berjuta, senang skit kita nak cari dan narrow kan kepada pecahan carian lebih kecil
  • blogroll
widget ni bukanlah banyak memberi benefir kepada pembaca. ni memudahkan si owner pergi ke blog dia suka tanpa taip susah-susah link dia. just klik, da sampai
  • recent comment
ini pun sama. lebih kepada meyenangkan owner, lagi-lagi kalau owner tu tak alertkan email dia ke new comment. kang ada yang terlepas reply komen orang gitew

setakat ni, saya baru tambah beberapa widget sahaja. tapi no musiklah, atau ribu-ribu gamabr, atau benda bling-bling dan sewktu dengan nya. tak koser jah buat berat page blog mak je

insyallah masa terdekat kalau rajin saya kasi completekan blog ini ye

so, what say you?

Friday, 24 August 2012

running man di malaysia?


entry ini bukan nak membincangkan possibility running man di malaysia. if they do, sure all fans in Malaysia go crazy for a while. i really wish they have a plan to come in malaysia. *finger crossed*

saya bajet pasti ramai peminat-kipas-susah-mati rancangan variety show korea selatan, running man (termasuk saya) saya sangat kagum kepada PD writer rancangan ini yang mampu nak pikir tricks yang best dan lawat at the same time.diorang sentiasa dengan script yang mencabar, dan orang pun tak jemu nak tengok dan tengok lagi. (based on true story)

saya rasa saya mula ketagih dengan running man masa dia baru episode 11. saya tengok episode satu tapi taktahu la mungkin masa tu masih tiada spark (eceh) between saya dan show ini. jadi saya mcm tak heran running man dedulu lama, almost 10 kali video untuk satu show. yang membuat saya tiber melekat dan ketagih masa gary show tu. sumpah lawak gila. how can gary snap picha like that? emosi muka yang calm walaupun keadaan masa tu macam orang gila sebab nak pastikan muka masing-masing capture dalam screen camera. and minat dan ke-addicted-tan saya berlarutan sehingga sekarang. stress~

baru-baru ni, bos saya cadangkan saya mengadakan treasure hunt bagi menarik minat warga kerja di library (saya bekerja di library, tapi bukan ulat buku ye) tahun lepas saya dah buat sekali. penyertaan memang menggalakkan. tapi punyalah susah nak rancang struktur permainan. maklumlah, masa tu running man belum popular kat hati saya lagi.3 hari saya hampir bermalam di opis sebabkan nak menjayakan program tu. walaupun game takla sehebat running man, dengan banyak masalah, siap kena tunda, saya nagis takut benda tak jadi dan macam-macam lagi. akhirnya berjaya jugak. respons saya terima, majority suka and harap lagi saya buat program ni tahun akan datang

sekarang, berbekalkan ke-obses-san terhadap running man, saya dah plan nak copy dua tiga mungkin tujun lapan sembilan idea dari running man untuk diserapkan ke struktur permainan saya. apa dia dan bagaimana, itu kena tunggulah sebab baru rancang.saya akan cuba strukturkan game saya saya panggil *library man* sikit-sikit dari sekarang. moga-moga bakal peserta takdelah terjumpa blog ni kan? hadiah berupa wang tunai tu. bling-bling

*matirela program lagi sebulan dari sekarang.

what say you? any idea?

lagu kpop favourite saya hari ini, Oppa Gangnam Style by Psy

sekarang, oppa gangnam style dah trending di pencicit (twitter). saya bajet ni mesti kes t-pain (artis barat) blog dan tweet pasal lagu ni. lagu kpop ni kalau ada related dengan dengan artis barat, mencanak diorang naik.

contohnya, wonder girls. dulu, peminat dia ramai tapi bukan macam sekarang ni. sampaila si bimbo paris hilton letak lagu nobody di laman sesawangnya. zass, terus jelajah satu dunia popularnya. sampai malaysia pun termasuk dalam senarai jelajahan.

salah satu adegan di dalam mv Oppa Gangnam Style. credit ; http://www.seouleats.com


tapi apapun, lagu nobody tu takleh nafikan la sedap dia. sesuai la dengan jiwa muda saya. dan lagu oppa gangnam style ni bukan takat t-pain je, gosh groban, katy perry, nelly furtado malah aktor simon pegg pakat duk gosip lagu ni kat web diorang.

sebenarnya, apa maksud oppa gangnam style ni?

dari pemahaman aku yang selalu melangok layan drama korea, oppa tu maksudnya panggilan "abang" dari seorang perempuan / adik kandung perempuan kepada seorang lelaki yang lebih tua / abang kepadanya ni. merujuk kepada lagu ni, aku bajet oppa tu maksudnya abang versi makwelah.

gangnam itu merupakan salah satu daerah yang terdapat di korea selatan. gangnam ni orang kata diibaratkan beverly hills di calafornia pemesnya. kira macam orang kaya, tempat shopping memahal, bimbo ramai ler di kawasan itu.di gangnam juga terletaknya dua kampeni artis besar korea iaitu S.M Entertaiment dan juga JYP Entertaiment. gangnam ni berdekatan dengan sungai han .

jadi keseluruhan lagu ni sebenarnya menceritakan tentang seorang lelaki yang berstylekan gangnam kononnya (kaya,banyak duit, mewah) dan nak convincekan kepada seorang makwe ni yang dia adalah kaya (gangnam style)

kalau dari mula, mv dia macam tak paham tapi nasibla lawak. tapi setelah ribu kali replay baru la paham skit.

permulaan video, psy (penyanyi lagu ni) kononnya tengah sunbathing mcm tepi pantai (style orang kaya) padahal sebenarnya dia berada di taman permainan dimana ada budak sedang menari. seleas tu, scene dia dikepit oleh dua orang makwe kiri dan kanan dan berjalan ala-ala red carpet, padahal diorang di parking lot dan instead of dibaling confetti, mereka dibaling sampah.

sama juga adegan dekat sauna (gaya orang kaya) padahal sebenarnya dia berada di public sauna yang dishare dengan ketua gangster (see tattoo) lol!

apa pun, lagi ni memang sedap didengar. musik yang catchy, tarian yang mudah nak dicopy.dan apa yang membuatkan saya suka sangat nak tengok mv ni sebab psy telah membuktikan bahawa orang cute (read: gemuk) seperti dia pun boleh menari (dengan comelnya)

4 easy step how to dance Oppa Gangnam Style. Credit : http://edwinruser.files.wordpress.com


download : sila tekan disini (4shared)

what say you?


adab berkunjung ke rumah orang di hari raya

bila sebut hari raya, acara kunjung mengunjung menjadi satu kemestian tak kira bangsa dan agama.jadual pun padat dengan jemputan open house dari saudara dan rakan. itupun nasib raya hanya sebulan. kalau setahun lah, agaknya makin ramai masyarakat malaysia obes dek makan.

raya tahun ini agak meriah di rumah saya. ini tahun kedua kami menyambut raya di sini, kampung halaman mak. sebelum ni kami tinggal di johor. kalau di johor budak-budak suka sangat datang beraya walau pun tah rumah sapa, diorang main terjah je. misi utama; duit raya. tak perlu banyak, dapat dua puluh sen pun dia punya happy lain macam saja. budaya ni saya tengok di johor je. sebab di negeri sembilan, saya tak jumpa. kl pun tidak. tapi taktahu la kalau ada

saya bila raya, saya agak tidak berapa suka kalau tetamu main terjah datang rumah. budak-budak saya tak kesah. sebab diorang bukan nak sangat makan pun. misi diorang duit. tapi kalau tetamu orang besar ni, saya agak kesah. mana lah tahu kan waktu kau (tetamu terjah) datang tu si tuan rumah tengah berjimak ke ape kan. eh#

di dalam agama kita pun ada menyebut tentang adab berkunjung ke rumah orang. especially raya. ni kira manner korang. kalau mengikut saya, saya suka sangat orang berkunjung ke rumah. saya rasa seronok sangat. tapi lagi seronok kalau kita dapat jamu tetamu kita dengan makanan istimewa atau dalam keadaan rumah saya bersih, saya di dalam pakaian beraya. dah nama pun beraya kan?

rumah saya ni sentiasa bersepah. kalau ada orang nak datang, sebuk la saya mengemas. maklumlah, rumah saya adalah bersebelahan dan berkongsi laman dengan rumah ibu (rumah utama). emak saya adik beradik sahaja 10 orang. sepupu dah dekat 40 orang. jenis pulak semua balik ke sini dahulu. maklumlah keluarga saya meriah. so boleh bayang tak betapafullhousenya rumah saya bila tiba raya.

kalaulah tetamu saya call/ message lebih awal, boleh lah saya sumbat sepupu saya di dalam almari ke, dalam gobok ke supaya selesa sedikit tetamu nanti.

dan saya juga boleh masak-masak makanan sedap sikit. takdelah hanya kuih raya-pun-nak-habis yang mampu saya hidangkan. tah-tah rosemary butter chicken pun saya boleh hidangkan. #amboi

lepas tu, wahai tetamuku, bila bertandang ke rumah orang, hentikan lah segala umpatan orang. ni kan hari raya. suppose kita bermaafan sesama insan. bukannya menambahkan dosa kamu dan saya. sebab, bila kamu tak berhenti mengumpat, masa kamu ambil pun mungkin lama. manalah tahu kot-kot tuan rumah menahan nak berak akibat makan lemang berlebihan? kan?

mungkin nampak kurang hajar atau kata saya macam bajet bagus, adeke orang datang pun nak tahan etc etc tapi this is just my 2 cent. walaupun kunjung-mengunjung di hari raya amalan mulia, namun alangkah lebih muliannya kalau kita dapat menjaga adab kita. kan agama dan bangsa kita sendiri menyuruh kita menjaga kesopanan dan berbudi pekerti?

sebelum saya akhiri entri saya, meh sini saya paste sedikit info mengenai adab beraya di rumah orang

dicopy dari : http://kosmo.com.my

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.
Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.
Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah
*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.
Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah
*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.
Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.
Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah
*Meminta izin apabila hendak beredar
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah
*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat
 
Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.
Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.
Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.


what say you? assalamualaikum.

apa plan lepas ni?

buat apa pun mesti kena ada perancangan. perancangan saya untuk blog ni

  • setiap rabu-wordless wednesday. selalu bloghoping blog lain, kemain meriah diorang buat entry wordless wednesday. nam nama pun wordless wednesday kan, just tepek gambar, siap satu entry
  • jjcm-selaku seorang yang suka makan, akan cuba share tempat makan best (mengikut selera tekak saya)
  • testimoni resipi masakan-sebelum berstatus bini orang, baik saya kasik asah skil masakan yang nan ado ini
but,being me yang tak suka merancang ni, selalunya akan end up apa pun takde. apa pun kita cuba lah kan. yang baik tu datang kalau saya usaha, yang buruk tu saya ler.

kalau rajin karang, saya buat entry lagi. biasanya baru-baru ni semangat kemain melonjaknya.hihi

Introduction

Dengan lafaz bismillah, entry pertama bermula...

owner berjantina perempuan, sudah tamat belajar, sudah bekerja cuma belum berkahwin. kelebihan dari segi membebel, merajuk dan cepat emosi.

dengan wujudnya blog ini, harap dapat share info-info yang menarik dan juga tak menarik kepada semua orang yang secara sengaja atau tidak membaca blog ini. yang baik, kita ambil. yang macam lahanat, kita jauhkan.

maklumat yang mungkin boleh share disini, maklumat k-pop. bukan, saya bukan kpopper atau peminat-kipas-susah-mati korea. cuma saya truly MINAT dengan lagu korea, MINAT makanan korea, MINAT variety show korea, MINAT drama korea. saya tak ambil port kalau kalau Lee Min Ho bercinta dengan perempuan gemuk. lagu sedap, cerita best, makan sedap saya pun layan

cuma kalau nak cerita politik atau sejarah, boleh pangkah saja lah blog ni. sebab saya tak minat pun.

setakat itu sahaj intro kali ni. adik da bising-bising nak pakai lappy. macam lah laptop dia punya kan. eh#